HPA CAWANGAN SERI ISKANDAR SAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pada 18 Oktober 2009 Kelab Komuniti HPA Cawangan Seri Iskandar telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Kuliah HPA Cawangan Seri Iskandar. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya  nasi himpit, soto, mihoon sup, mee goreng dan pulut serta rendang. Makanan yang dihidangkan adalah hasil sumbangan AJK Komuniti, staf dan ahli komuniti. Majlis yang dijalankan secara sederhana tersebut telah dihadiri kira-kira 60 orang ahli komuniti. Majlis telah dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Sidik Aliman berikutan kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham PJS Zabedah atau lebih mesra dikenali sebagai “Kak Bedah” kira-kira sebulan yang lalu. Seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri tersebut, Kelab Komuniti telah mengadakan majlis perpisahan sempena pertukaran salah seorang staf cawangan, En Zahrin ke Cawangan Puchong, Selangor.

DSCN0692

DSCN0680

DSCN0685

DSCN0704

DSCN0705

DSCN0698

DSCN0702

DSCN0694 - Copy

DSCN0708

Suasana sekitar sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

05102009349

Majlis perpisahan sempena pertukaran staf cawangan, En Zahrin.

Leave a comment