HIMPUNAN 1000 PENGEDAR HPA DALAM ESP MUSIM KEDUA

 

 


Alhamdulillah, ESP musim kedua Zon Tengah di Shah Alam semalam dihadiri lebih 1000 peserta. Mereka bukan sahaja datang dari sekitar Lembah Klang malah ada yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.

Al Fadhil Us. Zolkarnain memberikan Kefahaman pentingnya meluruskan niat

Alhamdulillah, ESP musim kedua Zon Tengah di Shah Alam pada 17 Julai 2011 dihadiri lebih 1000 peserta. Mereka bukan sahaja datang dari sekitar Lembah Klang malah ada yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.

Al Fadhil Us. Zolkarnain memberikan Kefahaman pentingnya meluruskan niat kerana Allah di dalam slot pertama. Diikuti dengan penjelasan dari Pjs Us. Jamaluddin Jusoh Al hafiz yang memberi ceramah Kesedaran Makanan Kesihatan mengikut sunnah Rasul.

Manakala Pjs Us Ramizu dan Pjs Siti Abidah memberikan kefahaman tentang pentingnya menjaga kesihatan lelaki, warga emas, wanita dan kanak-kanak untuk beribadah kepada Allah dan memperjuangkan produk halal yg menjadi tanggungjawab kita bersama dan mengajak semua peserta merasakan bertanggungjawab untuk mencukupkan produk halal di atas muka bumi ini.

Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi pula dalam slotnya Pelan 3 tahun bersama HPA mengajak para peserta supaya dapat menJana Pendapatan utk kekuatan ekonomi Ummah dan Kebersamaan dalam Mencukupkan Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

Pn. Azira Mamat Pegawai Latihan dan Promosi Hpa International Centre dipilih mewakili staf memberikan pengalamannya 4 tahun bersama HPA dan menceritakan kenapa ia bersama HPA.

5 IKON leader terdiri daripada pejuang HPA lama dan baru telah menggegarkan dewan dengan suntikan semangat dan roh perjuangan mengangkat maruah ummah pada sudut fizikal, emosi, mental dan kerohanian Islam. (Ekonomi,Pengubatan, Pemakanan, Pendidikan dan Tanggungjawab Sosial). Mereka ialah PJS Hj Rahmat Daim Timbalan Presiden KPT, PJS Hj Rosmandi Ishak Timbalan Presiden KPA dan 3 orang pelapis PJS dari KPT.

Peserta juga telah diijazahkan sanad hadis perubatan Islam daripada SU Panel Syariah. 50 peserta telah menerima undian hadiah istimewa. Persembahan nasyid kumpulan Ar Rasyy membawa lagu Aurat Wanita, Isteri Mithali, HPA Boleh, Permaidani, Teman Sejati. Akhirnya 1000 peserta menyanyikan lagi MENUJU WAWASAN …ISLAM BOLEH ! berpautan tangan dan ditutup dengan alunan Doa Rabitah……Peserta juga menerima 2 sijil iaitu sijil sanad hadis dan sijil penyertaan ESP….walaupun hadir secara PERCUMA.

Sumber : KPA

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: