RESTORAN RADIX ORGANIC RECIPE(ROR)

Restoran Radix Organic Recipe (ROR) menyediakan juadah istimewa sepanjang Ramadhan. ROR yang terletak bersebelahan Hotel Az-Zahra Inn di Bandar Legenda Heights memulakan perniagaannya seawal jam 5.00 petang sepanjang bulan puasa ini.

Kepada yang berhajat untuk menikmati pelbagai jenis masakan dan makanan istimewa serta kuih muih beraneka rasa, bolehlah datang ke ROR. Selain itu kemudahan berbuka puasa sama ada secara individu, berkeluarga dan berkumpulan juga disediakan. Salah satu hidangan istimewa yang disediakan ialah Ayam Percik Berempah yang sungguh lazat dan sedap.

Sumber : HPA

Advertisements

MB KELANTAN AKAN RASMIKAN RFC KUBANG KERIAN

Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat akan merasmikan RFC Kubang Kerian, Kelantan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Mulai 10hb Julai 2010, RFC Kubang Kerian telah dibuka untuk orang ramai. Sambutan hari pertama amat mengalakkan. Semua PJS dan pengedar HPA dijemput hadir.

MEGA PBC BERSAMA PENGARAH URUSAN

KURSUS PRA-HERBALIS SIRI 2

Pada 16 Jun 2010 Group Sahabat Network dengan kerjasama Kelab Komuniti HPA Seri Iskandar telah mengadakan kursus Pra-Herbalis bertempat di Rumah Rehat Cempakasari, Parit. Antara yang hadir dalam program tersebut ialah pimpinan dari Kelab Pemimpin Al-Wahida(KPA)  iaitu PJM Hafidzan, PJS Fatin, PJS Siti Rahmah, PJS Khalilah, Herbalis Pn Radiyati dan Herbalis Asma. Tiga kaedah perawatan yang telah diperkenalkan kepada peserta kursus ialah Iridology, Dianogsis melalui Raut Wajah dan Pembetulan Tulang Belakang. Kira-kira 30 peserta telah menghadiri kursus yang berlangsung selama satu  hari itu.

Antara peserta dan pimpinan yang hadir.

KURSUS BEKAM ANJURAN KOMUNITI SERI ISKANDAR

Kelab Komuniti HPA Seri Iskandar telah menganjurkan Kursus Berbekam terbuka kepada semua ahli pada 4 Jun 2010 bertempat di HPA Cawangan Seri Iskandar. Kursus yang dijalankan pada jam 8.00 hingga 11.30 malam itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kursus tersebut dikendalikan sendiri oleh ahli jawatankuasa kelab diketuai oleh PJS Khalilah Wong yang juga seorang Herbalis HPA. Sebelum ini pada 28 Mei bertempat di Rumah Rehat Cempakasari, Parit  kelab telah menganjurkan kursus Pra Herbalis ( Iridology dan Pembetulan Tulang Belakang).  Antara penceramah yang hadir ialah PJM Hafidzan, Herbalis Radiyati dan Herbalis Asma.

Gambar-gambar ketika Kursus Berbekam anjuran Kelab Komuniti HPA Cawangan Seri Iskandar.

HPA INTERNATIONAL CENTER Jadi Kenyataan

HPA Industries Sdn Bhd

Hasrat Pengarah Urusan HPA Industries,  Hj Ismail Ahmad untuk membawa pengurusan HPA ke Lembah Kelang akhirnya tercapai. HPA kini boleh berbangga kerana mempunyai mercu tandanya sendiri di Shah Alam. Bangunan 12 tingkat yang dinamakan HPA International Center(HIC) itu dibeli dari NAZA TTDI yang juga anak Syarikat Kumpulan Naza terletak di Seksyen 12 Shah Alam.

Mengikut perancangan, majlis memasuki bangunan baru bernilai RM54 juta itu akan diadakan secara meriah pada pertengahan Jun ini dengan semua ahli dijemput hadir. HPA Kini mempunyai 2000 staf dan 623519 ahli di Malaysia manakala 220000 ahli di Indonesia. HPA juga mempunyai cawangan di Kemboja, Thailand, Brunai dan beberapa pejabat di negara Timur Tengah. 

GAMBAR-GAMBAR KETIKA IBADAH UMRAH PENGERUSI KELAB SERTA ROMBONGAN BERSAMA HPA ILHAM TRAVEL