HIMPUNAN 1000 PENGEDAR HPA DALAM ESP MUSIM KEDUA

 

 


Alhamdulillah, ESP musim kedua Zon Tengah di Shah Alam semalam dihadiri lebih 1000 peserta. Mereka bukan sahaja datang dari sekitar Lembah Klang malah ada yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.

Al Fadhil Us. Zolkarnain memberikan Kefahaman pentingnya meluruskan niat

Alhamdulillah, ESP musim kedua Zon Tengah di Shah Alam pada 17 Julai 2011 dihadiri lebih 1000 peserta. Mereka bukan sahaja datang dari sekitar Lembah Klang malah ada yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.

Al Fadhil Us. Zolkarnain memberikan Kefahaman pentingnya meluruskan niat kerana Allah di dalam slot pertama. Diikuti dengan penjelasan dari Pjs Us. Jamaluddin Jusoh Al hafiz yang memberi ceramah Kesedaran Makanan Kesihatan mengikut sunnah Rasul.

Manakala Pjs Us Ramizu dan Pjs Siti Abidah memberikan kefahaman tentang pentingnya menjaga kesihatan lelaki, warga emas, wanita dan kanak-kanak untuk beribadah kepada Allah dan memperjuangkan produk halal yg menjadi tanggungjawab kita bersama dan mengajak semua peserta merasakan bertanggungjawab untuk mencukupkan produk halal di atas muka bumi ini.

Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi pula dalam slotnya Pelan 3 tahun bersama HPA mengajak para peserta supaya dapat menJana Pendapatan utk kekuatan ekonomi Ummah dan Kebersamaan dalam Mencukupkan Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

Pn. Azira Mamat Pegawai Latihan dan Promosi Hpa International Centre dipilih mewakili staf memberikan pengalamannya 4 tahun bersama HPA dan menceritakan kenapa ia bersama HPA.

5 IKON leader terdiri daripada pejuang HPA lama dan baru telah menggegarkan dewan dengan suntikan semangat dan roh perjuangan mengangkat maruah ummah pada sudut fizikal, emosi, mental dan kerohanian Islam. (Ekonomi,Pengubatan, Pemakanan, Pendidikan dan Tanggungjawab Sosial). Mereka ialah PJS Hj Rahmat Daim Timbalan Presiden KPT, PJS Hj Rosmandi Ishak Timbalan Presiden KPA dan 3 orang pelapis PJS dari KPT.

Peserta juga telah diijazahkan sanad hadis perubatan Islam daripada SU Panel Syariah. 50 peserta telah menerima undian hadiah istimewa. Persembahan nasyid kumpulan Ar Rasyy membawa lagu Aurat Wanita, Isteri Mithali, HPA Boleh, Permaidani, Teman Sejati. Akhirnya 1000 peserta menyanyikan lagi MENUJU WAWASAN …ISLAM BOLEH ! berpautan tangan dan ditutup dengan alunan Doa Rabitah……Peserta juga menerima 2 sijil iaitu sijil sanad hadis dan sijil penyertaan ESP….walaupun hadir secara PERCUMA.

Sumber : KPA

 

SYARAT BARU MAINTAIN PBC

Sukacita dimaklumkan kepada semua pengedar HPA bahawa mulai April ini AlWahida Markerting Sdn Bhd sepertimana yang diumumkan oleh Pengarah Urusan di akhir program KPJ di HPAIC baru-baru ini bahawa syarat baru maintain PBC cuma 150NM sahaja.  Syarat baru ini berkuatkuasa mulai 1 April ini.

Perlu diingat bahawa maintain 150 NM dalam satu invois mesti dilakukan dalam satu bulan sahaja iaitu bulan dimana peserta menghadiri program PBC.

Berkuatkuasa 1 April ini juga syarat maintan 300NM dalam tempoh 2 dan 3 bulan terbatal dengan sendirinya.

Sumber KPA

REAL BUSINESS melalui Program ESP HPA

Salam kepada seluruh komuniti. ESP adalah program utama dalam MLMS HPA. Sehubungan itu sekiranya ESP di laksanakan, maka program HPA yang lain seperi PBC dsbnya akan di tangguhkan bagi memberi laluan kepada ESP.

Sila pastikan anda yang awal menyertainya. Sila hubungi Presiden dan Setiausaha KPA untuk memastikan anda adalah peserta awal yang akan menerima manfaatnya. Peserta yang wajib menyertainya ialah PJS, Pelapis PJS, dan Herbalis. Program ini juga terbuka kepada semua pengedar HPA yang mempunyai jaringan dibawahnya dan berdaftar melalui PJS masing-masing. 

Bagi Zon Tengah program akan dijalankan di Hotel Heritage Ipoh pada 14 Mei 2011 bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

MEGA PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG DI HPAIC SHAH ALAM

MAHA 2010, SEMUA DIJEMPUT HADIR

Menara HPAIC bukti kejayaan HPA


BANGUNAN HPA International Center (HPAIC) bernilai hampir RM60 juta di Shah Alam, Selangor yang akan dirasmikan Sabtu ini menjadi bukti bukan sesuatu yang mustahil perusahaan bermula di kampung membabitkan herba hutan boleh mencapai peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd (HPA), Ismail Ahmad mahu seramai 1,800 staf dan 600,000 ahli syarikat pelbagai peringkat syariah (MLMS) di negara ini dan 200,000 ahli di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja melihat HPAIC sebagai kejayaan bersama.

“HPAIC yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam adalah satu sejarah dalam penubuhan HPA sejak 1998. Kita adalah MLM berasaskan syariah yang berjuang untuk pasaran produk halal dan suci kepada ummah.
“HPA pernah mengalami jatuh dan bangun dunia perniagaan, tetapi ahli kita terus komited merealisasikan kejayaan bagi membolehkan HPA berkembang di dalam dan luar negara,” katanya.
Mengenai majlis perasmian HPAIC yang disempurnakan beliau sendiri Sabtu ini, Ismail berkata, ia akan bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran ahli dari segenap pelosok negara dan wakil luar negara.
Menurutnya, wakil HPA dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Kemboja akan menyampaikan ucapan masing-masing.

“Upacara perasmian akan dilaksanakan PJS (Pengarah Jati Setia) HPA yang juga kumpulan pemimpin syarikat kami dari semua negara sebagai menghargai pengorbanan mereka meletakkan HPA di tempat sekarang,” katanya.
Turut diadakan pembentangan kertas kerja oleh pengurusan HPA termasuk bertajuk Dari Cawangan Ke Pasar Raya oleh Ismail sendiri.
Selain Pasar Raya Halal HPA, HPAIC juga akan menempatkan pelbagai perniagaan HPA selain pejabat pelbagai jabatan.
Selain MLMS, HPA juga terkenal dengan produk jenama Radix termasuk rangkaian restoran Radix Fried Chicken (RFC),  Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC),  Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).
Selain halal dan suci, produk syarikat menggunakan herba dan kaedah organik.
Sumber : Harian Metro,  29 September 2010

PERASMIAN HPAIC

Warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina dijemput hadir.

Tarikh: 2hb Oct 2010

0800 – 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS

1430 – 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat

HPA International Centre (HPAic), Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

RESTORAN RADIX ORGANIC RECIPE(ROR)

Restoran Radix Organic Recipe (ROR) menyediakan juadah istimewa sepanjang Ramadhan. ROR yang terletak bersebelahan Hotel Az-Zahra Inn di Bandar Legenda Heights memulakan perniagaannya seawal jam 5.00 petang sepanjang bulan puasa ini.

Kepada yang berhajat untuk menikmati pelbagai jenis masakan dan makanan istimewa serta kuih muih beraneka rasa, bolehlah datang ke ROR. Selain itu kemudahan berbuka puasa sama ada secara individu, berkeluarga dan berkumpulan juga disediakan. Salah satu hidangan istimewa yang disediakan ialah Ayam Percik Berempah yang sungguh lazat dan sedap.

Sumber : HPA

MB KELANTAN AKAN RASMIKAN RFC KUBANG KERIAN

Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat akan merasmikan RFC Kubang Kerian, Kelantan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Mulai 10hb Julai 2010, RFC Kubang Kerian telah dibuka untuk orang ramai. Sambutan hari pertama amat mengalakkan. Semua PJS dan pengedar HPA dijemput hadir.

MEGA PBC BERSAMA PENGARAH URUSAN